Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaguh tenpin boling rancang latihan sendiri

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Akur terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang membataskan latihan di gelanggang, jaguh tenpin boling negara Malaysia, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sudah membuat perancangan latihan sendiri, bagi memastikan prestasinya kekal berada di tahap terbaik.

    Atlet berusia 30 tahun itu berkata, pengalaman menjalani latihan sendiri selama lebih tiga bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, menjadikan beliau lebih bersedia menjalani latihan dalam situasi sama ketika PKPB kali ini.

    Menurut beliau, cabaran bagi pemain boling yang ‘meninggalkan’ latihan bagi tempoh yang lama pada kebiasaannya, akan mengalami kesakitan pada bahagian jari dan pergelangan tangan.

    “Jari saya kalau kecut sebab kurang latihan akan senang luka dan susah untuk membuat balingan terbaik nanti, apabila kembali jalani latihan di gelanggang. Jadi kena banyakkan menghayun bola boling semasa buat latihan di rumah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda