Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jair Bolsonaro perlukan rawatan pembedahan

    BRASILIA, 13 APRIL – Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, berkata kelmarin, beliau ‘kemungkinan besar’ akan menjalani pembedahan selepas dimasukkan ke hospital, sehari selepas mengadu sakit perut yang dianggapnya ‘tidak tertanggung’ ketika berada di bandar Natal di timur laut Brazil.

    Bekas pemimpin sayap kanan itu berkata di X, beliau “kemungkinan akan dibedah semula” bagi komplikasi terbaru yang berpunca daripada serangan 2018 ketika beliau ditikam di bahagian perut.

    Doktor memberitahunya ini merupakan “insiden paling serius” sejak serangan itu, yang digambarkannya sebagai “komplikasi pada usus kecil, akibat daripada beberapa pembedahan yang perlu dijalani selepas serangan 2018.”

    “Setelah mengalami banyak episod serupa dalam beberapa tahun terakhir, saya sudah biasa dengan kesakitan ini,” katanya. “Tetapi kali ini, malah doktor pun terkejut.”

    Beliau tiba dengan pesawat di Brasilia kelmarin, dan jurucakap klinik swasta DF Star memberitahu AFP, lelaki berusia 70 tahun itu dimasukkan kelmarin malam.

    Menurut Doktor Leandro Echenique dalam satu taklimat media di Brasilia, “Keadaannya stabil, dia rasa kurang sakit. Ujian telah dilakukan dan keputusan akan menjadi asas untuk memutuskan dalam beberapa jam akan datang sama ada pembedahan diperlukan.”

    Bolsonaro sebelum itu dibawa dengan pesawat perubatan keluar dari Natal, di mana beliau dimasukkan ke hospital pada Jumaat dengan sakit perut yang dianggapnya ‘tidak tertanggung’ dan memaksanya untuk menghentikan lawatan ke beberapa bandar. – AFP

    Hospital DF Star, tempat Jair Bolsonaro dirawat di Brasilia, Brazil, 12 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda