Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jakarta, Alstom meterai MoU perluas rangkaian MRT

    JAKARTA, 26 MEI – Kerajaan wilayah Jakarta merancang untuk memperluas rangkaian Transit Aliran Massa (MRT) kepada 235 kilometer (km) menjelang 2035 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kualiti udara.

    Sehubungan itu, kerajaan wilayah berkenaan telah memeterai memorandum persefahaman dengan pengilang gergasi Perancis, Alstom untuk bekerjasama dan meneroka pembangunan rangkaian MRT.

    Gabenor Anies Baswedan berkata MRT Jakarta akan berfungsi sebagai tulang belakang kepada perubahan mobiliti di bandar raya itu, lapor media dalam talian.

    Projek itu melibatkan Fasa III Jalur Timur-Barat, sejauh 87 km merentasi Jakarta yang terdiri 40 stesen.

    PT MRT Jakarta kini mengendalikan laluan MRT sepanjang 16 km sejak Mac 2019, manakala pembinaan Fasa II sepanjang 11.8 km sedang dijalankan.

    Kerajaan wilayah itu mempunyai 99.98 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...