Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jakarta dikenakan sekatan tahap 2

    JAKARTA, 5 JULAI – Kelmarin, Indonesia telah merekodkan 1,434 kes baharu COVID-19, meningkatkan jumlah kes kepada 6,095,351.

    Sekatan tahap 2 juga dilaksanakan di bandar-bandar satelit Jakarta termasuk Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi.

    “Kebelakangan ini, kami telah menyaksikan peningkatan besar jumlah jangkitan COVID-19 disebabkan penularan varian BA.4 dan BA.5,” ketua pengarah Pembangunan Pentadbiran Serantau di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Syafrizal ZA berkata dalam kenyataan.

    Di bawah tahap 2 itu, hotel-hotel, pasar raya, restoran dan panggung masih boleh beroperasi dengan maksimum 75 peratus kapasiti dan mesti ditutup 9 malam. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda