Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jakarta perluas peraturan ganjil-genap, atasi kesesakan lalu lintas

    JAKARTA, 6 JUN – Kerajaan provinsi Jakarta, Indonesia telah memperluaskan zon ganjil-genap kepada 25 berbanding 16 sebelum ini, berkuat kuasa hari ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

    Peraturan itu mengehadkan akses ke kawasan tertentu kepada kenderaan persendirian dengan digit terakhir nombor plat sama dengan tarikh semasa.

    Tinjauan Bernama di Jalan Pramuka, Jakarta Timur pada 5 petang, trafik sesak tetapi sebilangan besar kenderaan persendirian yang mempunyai nombor plat  genap.

    Waktu operasi ganjil-genap bermula 6 hingga 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) dan 4 hingga 8 pagi WIB, setiap Isnin hingga Jumaat kecuali hujung minggu dan cuti umum. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...