Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jakarta sambut ulang tahun terakhir sebagai ibu kota

    JAKARTA, 24 JUN – Ketika Jakarta menghitung hari-harinya sebagai ibu negara, ia bersiap sedia untuk meraikan ulang tahun ke-497 pada hari Sabtu, dengan penduduk menjangkakan beberapa penambahbaikan kepada isu-isu abadi di bandar itu, daripada tercekik pencemaran udara kepada lalu lintas yang terkenal.

    Sambutan ulang tahun pada tahun ini dijangka menjadi satu lagi yang suram, kerana Jakarta telah diselubungi asap kelabu nipis sejak minggu lalu, menyenaraikannya antara bandar paling tercemar di dunia dalam senarai syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir.

    Selama beberapa hari, Jakarta mempunyai purata tahap ‘tidak sihat’ 158 pada Indeks Kualiti Udara (AQI), dengan bahan zarah halus PM2.5 mencapai kepekatan 13 kali lebih tinggi daripada ambang selamat di bawah garis panduan kualiti udara global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Kualiti udara yang buruk telah berterusan sejak tahun lepas, dengan pihak berkuasa bertungkus-lumus membuat pelbagai langkah untuk membersihkan udara bandar, daripada mewajibkan ujian pelepasan kenderaan kepada menghasilkan lebih banyak hujan melalui pembenihan awan.

    Kini tahun 2024 dan tiada apa yang benar-benar berubah bagi warga Jakarta, seperti Siti Kuswatun dan anak lelakinya yang berusia 4 tahun, yang sering sakit dengan jangkitan pernafasan sejak 12 bulan lalu kerana kualiti udara bandar yang tidak baik.

    “Kami sering mengalami simptom batuk dan selsema yang hilang serta-merta apabila keluar dari bandar,” kata suri rumah berusia 29 tahun dari Jakarta Selatan itu kepada The Jakarta Post pada hari Selasa.

    “Sebagai seorang ibu, pencemaran udara Jakarta sangat membimbangkan,” tambahnya.

    Agensi Kesihatan Jakarta menganggarkan bahawa pencemaran udara yang teruk telah menyumbang kepada 100,000 kes jangkitan pernafasan akut setiap bulan pada tahun 2023.

    Satu lagi kajian yang diterbitkan tahun lepas menunjukkan pencemaran udara sebagai punca lebih 10,000 kematian dan 5,000 dimasukkan ke hospital untuk penyakit berkaitan jantung dan paru-paru di Jakarta setahun, serta lebih 7,000 kes kesan buruk kesihatan kepada kanak-kanak, daripada terbantut kepada kematian anak damit baru lahir.

    Pihak berkuasa telah menyalahkan pelepasan daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), yang terus meningkat bilangannya setiap tahun dan juga menjadi punca kesesakan lalu lintas yang terkenal yang menyebabkan penduduk Jakarta berada di jalan raya bandar itu lebih lama. – ANN/The Jakarta Post

    Pengunjung bersiar-siar, pada 21 Jun 2024, berhampiran tarikan karnival yang baru dipasang di Dataran Monumen Nasional (Monas) di Jakarta Pusat. – ANN/The Jakarta Post
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam