Monday, July 14, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaket berharga milik Key (SHINee) terbakar

    HARI malang buat penyanyi Key daripada kumpulan SHINee apabila jaket jenama Gucci miliknya yang berharga AS$1,500 hangus terbakar.

    Dipetik dari Koreaboo melaporkan kejadian itu berlaku selepas jurugaya SHINee secara tidak sengaja meninggalkan jaket itu di atas lampu pentas yang panas sebelum ia terbakar.

    Ketika itu kumpulan itu sedang mengadakan persembahan di Vancouver, Kanada menerusi konsert jelajah dunia mereka iaitu SHINee World V Tour.

    Penyanyi itu turut berkongsi kisah itu dengan peminat ketika sedang mengadakan persembahan di Dallas, Texas dan memberitahu sangat bersedih dengan kejadian itu.

    Key turut memuat naik gambar jaket itu di Instagram miliknya dan masih bersedih dengan kejadian itu.

    Key (SHINee) berasa sangat sedih berikutan daripada jaket kesayangannya terbakar.
    Key (SHINee) berasa sangat sedih berikutan daripada jaket kesayangannya terbakar.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda