Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaket hijau jadi rebutan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAIBaiduri Masters kini kembali ke kalendar golf Negara Brunei Darussalam bulan ini selepas rehat akibat COVID. Kejohanan golf amal yang popular itu telah menjadi tempat pengembangan kejayaan cemerlang merakam detik-detik manis bagi para pemain bersaing untuk merebut hadiah jaket hijau dan trofi cabaran yang diidamkan.

    Pengarah Urusan Kewangan Baiduri dan juga Presiden Baiduri Masters 2023, Haji Haliluddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib berkata Baiduri Masters telah dihoskan sejak peringkat terawal Kumpulan Bank Baiduri yang mana ia sebagai elemen amal sebahagian daripada warisan bank.

    Tambahnya, ia merupakan peringatan setiap tahun betapa pentingnya melibatkan komuniti di bawah khidmat bank, bekerjasama dengan mereka dan memberi kembali kepada masyarakat, sama ada melalui derma atau dengan meluangkan masa dan usaha secara sukarela untuk meningkatkan kesedaran dan menangani masalah bersama.

    Kejohanan itu bermula pada tahun 1995 sebagai Kejohanan Golf Amal Bank Baiduri sebelum menerima penjenamaan semula kepada The Baiduri Masters pada 2008 sekali gus dipenuhi dengan pencapaian-pencapaian lain.

    Ia merupakan edisi pertama kejohanan yang dimainkan selama dua hujung minggu. Trofi cabaran terakhir turut diumumkan, manakala Awang Elyas Abdullah memenangi BMW 730Li selepas menjaringkan hole-in-one buat pertama kali.

    YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah menyampaikan trofi kepada Awang Mohammad Artiz Maldini yang merupakan pemenang termuda pada edisi terakhir kejohanan pada 2019. – Gambar serahan Bank Baiduri
    Para pemenang bergambar ramai semasa edisi terakhir kejohanan pada 2019.

    Pada tahun 2009, hadiah jaket hijau telah diperkenalkan. Wan Man Wan Hil merupakan pemenang pertama yang diberi penghormatan dengan jaket yang terkenal tersebut.

    Pada tahun berikutnya, kejohanan itu diadakan di dua kursus berbeza iaitu Kelab Golf Panaga dan Kelab Golf RBA buat buat pertama kali dalam sejarahnya.

    Menjelang 2012, Baiduri Masters telah mendapat perhatian serantau, menampilkan buat pertama kalinya dalam ParGolf Magazine, penerbitan terkemuka Malaysia dan ASEAN.

    Para peserta akan bersaing untuk trofi cabaran baharu, yang diperkenalkan untuk meraikan edisi ke-25 kejohanan berkenaan, dan juga jaket hijau, sementara mereka juga berpeluang untuk memenangi kereta BMW iX3 atau Mini Cooper 3 Door Brick Lane Edition, atau wang tunai bernilai $20,000 untuk hole-in-one.

    Pendaftaran untuk Baiduri Masters kini dibuka. Pemain yang berminat boleh mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan tahun ini dengan menghantar borang dan membuat pembayaran penuh di kaunter pendaftaran Kelab Golf Pantai Mentiri. Untuk maklumat lanjut, layari www.baiduri.com atau hubungi Kelab Golf Pantai Mentiri di talian 279 1021.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda