Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jakupovic cemerlang kekang United

    MANCHESTER, 2 Feb – Usaha Manchester United untuk merebut slot Liga Juara-Juara telah dikecewakan oleh Hull City apabila skuad Jose Mourinho diikat seri 0-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

    Dengan Manchester City menang bergaya di West Ham United, pesaing bandar mereka tercicir dalam perlumbaan bagi merebut empat kedudukan teratas apabila pertahanan cekal Hull gagal ditembusi.

    Pasukan pelawat, yang telah menunjukkan petanda peningkatan di bawah pengurus baru, Marco Silva, berjaya menghalang skuad Mourinho yang hanya menghasilkan sedikit peluang.

    Dan apabila United berjaya menembusi pertahanan Hull, penjaga gol Hull, Eldin Jakapovic pula beraksi dengan cemerlang dengan membuat penyelamatan penting di kedua separuh masa.

    Tercicir dua mata telah menyebabkan United ketinggalan empat mata daripada pasukan kelima, Manchester City dan Liverpool yang berada di tangga keempat.

    Penjaga gol Hull City, Eldin Jakupovic (kanan) membuat penyelamatan di atas garisan gol hasil percubaan Juan Mata dair jarak dekat dalam aksi Liga Perdana antara Manchester United dan Hull City di Old Trafford. – AP
    Penjaga gol Hull City, Eldin Jakupovic (kanan) membuat penyelamatan di atas garisan gol hasil percubaan Juan Mata dair jarak dekat dalam aksi Liga Perdana antara Manchester United dan Hull City di Old Trafford. – AP

    Terdapat lebih banyak berita buruk untuk Mourinho, pemain pertahanan Phil Jones terpaksa digantikan kerana cedera di separuh masa kedua.

    Ia mungkin menjadi lebih buruk, tetapi percubaan Lazar Markovic hanya menggegarkan palang United, antara peluang terbaik perlawanan.

    Zlatan Ibrahimovic nyaris menempatkan United di depan seawal 15 minit, mengelirukan Tom Huddlestone dan membuat percubaan melencong yang berjaya ditepis keluar oleh Jakupovic.

    Meskipun menguasai perlawanan, United mendapati sukar untuk memecahkan pertahanan hull, dengan Mkhitaryan sukar membuat larian melepasi pemain Hull.

    Dengan perlawanan berbaki 13 minit, pasukan tuan rumah hampir mendapat gol pertama perlawanan, tetapi Jakupovic menunjukkan kecemerlangannya.

    Dia juga telah membuat tampanan hebat di atas garisan bagi menafikan Juan Mata dari jarak dekat selepas tandukan daripada Chris Smalling hasil hantaran lintang Ander Herrera.

    Sekali lagi Jakupovic datang untuk menyelamatkan satu mata Hull di masa kecederaan dengan menyelamatkan tandukan Marcos Rojo dan sepekan melencong Paul Pogba. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda