BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa sebahagian Jalan Bunga Rampai, Kuala Belait ditutup sementara bermula 14 Ogos lalu sehingga 3 September.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan sementara selama 21 hari itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan yang pecah di kawasan berkenaan yang dikendalikan oleh Adees Kontraktor.
Dengan itu, JKR memaklumkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat menggunakan jalan-jalan alternatif yang berdekatan untuk melalui ke kawasan yang berkenaan.
JKR dalam kenyataannya turut mengingatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui di kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.