Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Sepanjang jalan di Simpang 29, Jalan Dadap akan ditutup esok bermula dari pukul 7:30 pagi sehingga kerja-kerja selesai.
Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaikkan paras jalan dan pembinaan longkang konkrit untuk dilaksanakan.
Sehubungan itu, JKR ingin memaklumkan para pengguna bahawa laluan alternatif ada disediakan dan menasihatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.



