Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan raya di persimpangan lampu isyarat J58 Jalan Pusat Dakwah/Jalan Kebangsaan pada 7 hingga 14 Jun.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada cuaca, itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan loop sensor untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, jabatan itu menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Gambar Oleh Sim Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda