Tuesday, April 1, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan ditutup sementara bagi pemasangan loop sensor

    Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J44 Jalan Utama Berakas / Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah kelmarin hingga 7 April bermula pukul 10 malam hingga pukul 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan loop sensor untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan jalan di lampu isyarat J44 Jalan Utama Berakas / Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda