Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan kotor cemar persekitaran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS – Sejak beberapa hari yang lalu hampir beberapa batang jalan di kawasan pusat bandar di ibu negara telah dikotori dengan pasir kuning yang sekali gus telah memberi pandangan yang tidak selesa bukan hanya kepada pejalan kaki malah kepada pelancong.

    Keadaan jalan raya yang sepatutnya berwarna hitam itu telah bertukar warna akibat kenderaan yang keluar masuk dari kawasan tanah lapang berdekatan jalan berkenaan.

    Perkara itu telah dikongsikan oleh Awang Amirul bin Haji Mahali ketika menghubungi media mengenai perkara yang menghampakan itu dan seterusnya menegaskan, sepatutnya tahap kebersihan dan kecantikan kawasan ibu negara perlu diambil perhatian, memandangkan ianya menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong luar negara.

    Beliau seterusnya berharap, pihak-pihak berkenaan akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan pencemaran ke beberapa batang jalan raya yang lain.

    Keadaan jalan raya yang dikotori oleh pasir kuning dari kawasan tanah lapang berdekatan jalan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda