Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Penutupan sementara separuh jalan di jalan Madang berdekatan dengan Jalan 2 Perumahan Nagara Kampung Lambak Kanan iaitu menghala Jalan Utama Berakas akan diadakan hari ini.
Jabatan Kerja Raya menjelaskan, penutupan ini disebabkan kerja pembaikan jalan yang mana penutupan akan bermula dari pukul 8 malam hingga kerja-kerja selesai.
Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.


