![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/12/P6-D_301217-300x200.jpg)
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Kawasan Riadah dan Pondok Memancing Kampung Belais dan Buda-Buda yang terjejas dalam akibat banjir kilat dan tanah susur, baru-baru ini, masih belum dapat beroperasi sehingga kerja pembersihan jalan selesai dilaksanakan dan selamat untuk digunakan semula.
Ketua cawangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Temburong ketika dihubungi menyatakan bahawa jalan penghubung Kampung Belais – Kampung Bokok ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan jalan raya, tepi jalan dan longkang sepanjang jalan raya tersebut akibat tanah susur. (Klik di sini untuk berita lanjut)