Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Para pengguna jalan raya di kawasan Kampung Rimba akan dapat menggunakan jalan baharu menghubungkan Sekolah Arab Rimba bermula 1 Januari 2020.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataannya di sini, hari ini, telah memaklumkan
mengenai pembukaan jalan baharu berkenaan yang menghubungkan Sekolah Arab Rimba, bermula dari pusing keliling Kampung Rimba.
Sehubungan dengan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya khususnya yang tinggal berhampiran di kawasan berkenaan supaya akan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan sekolah berkenaan serta mematuhi papan tanda jalan raya dan papan tanda keselamatan demi menggelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Kenyataan juga menjelaskan bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam, 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam serta e-mel pro@pwd.gov.bn.