Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan raya dibanjiri pelarian di Lesbos

    PULAU LESBOS, GREECE, 10 SEPT – Ribuan pelarian di pulau Lesbos, Greece, mendirikan kem di tepi-tepi jalan kelmarin selepas kem pelarian terbesar negara itu musnah dalam kebakaran, dengan pegawai bergegas mencari tempat untuk mereka berlindung dan mengelak krisis kesihatan.

    Keluarga-keluarga yang terdesak, kebanyakannya mereka yang mempunyai kanak-kanak kecil, menghabiskan malam kedua di kawasan terbuka, sebilangan besar tanpa khemah malahan peralatan tidur asas.

    “Ribuan berada di jalan raya tanpa khemah,” menteri migrasi, Giorgos Koumoutsakos memberitahu SKAI TV. Sebilangan mereka pergi ke kawasan perkampungan berdekatan untuk meminta bekalan air dan lainnya.

    Kebakaran pada Selasa di kem Moria, kemudahan migransi paling terkenal di Greece, telah menyebabkan ribuan orang menyelamatkan diri ke sekitar ladang buah zaitun berdekatan. Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan, tetapi kebakaran besar telah memusnahkan sebahagian besar kem tersebut, yang menempatkan 4,000 orang, menurut kenyataan menteri. Kebakaran kedua pada lewat kelmarin memusnahkan sebahagian besar kem yang tinggal di mana 8,000 orang yang tinggal di khemah dan pondok sementara di kawasan tersebut, menurut kementerian migrasi dalam kenyataannya hari ini.

    Kementerian berkata sebuah feri telah dikerahkan untuk menempatkan ratusan orang menjelang ketibaan yang dinantikan, timbalan presiden Suruhanjaya Eropah, Margaritis Schinas untuk membuat lawatan keadaan pulau berkenaan. – AFP

    Para pelarian yang terpaksa tidur di tepi-tepi jalan selepas kem pelarian terbesar di Greece musnah dalam kebakaran. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda