Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Jalan raya misteri

    Oleh Masnona –

    Pada malam Khamis, aku dan Tazah (sepupuku) berserta seorang temannya minta dihantarkan ke rumah rakan sekolah di Kampung Perpindahan Tungku Gadong kerana malam itu mereka menyambut hari jadi. Aku bukan turut serta tapi sengaja menemani Tazah ke sana. Makcikku berpesan agar aku dapat menjaga anaknya. 

    Maklum saja Tazah suka bebas tak mengira perjalanan asal ia rasa happy go lucky selalu tapi tidak memikirkan indung sendiri. Itulah perangai Tazah yang Makcikku takut sangat.

    Sampai di majlis tersebut, Tazah buat hal didepanku. Rancak tingkah lakunya menari-nari kegilaan dengan anak-anak muda yang liar. Aku cuba menegah Tazah agar tidak meneruskan tariannya lagi yang ku benci itu namun Tazah tetap berdegil.

    Apabila majlis berakhir jam 12 tengah malam, kami pun pulang. Aku merasa sakit hati melihat perangai Tazah yang kegilaan malam itu serta borak-borak dan ketawa-tawa kegirangan. Sedangkan temannya sudah pun diam dan tidak bercakap banyak dari tadi.

    Dalam perjalanan pulang ke jalan besar lebuhraya Muara-Tutong yang ku lintasi itu tiba-tiba saja sunyi. Apatah lagi berdekatan perkuburan orang-orang Cina, sebuah kereta pun tak kelihatan dan malam itu senyap saja kami. Tiba-tiba jalan raya dekat perkuburan Cina itu berubah bagaikan jalan raya berpusing-pusing laju hingga memeningkan kepala melihatnya. Di situ aku berhentikan kereta sementara menanti lampu trafik merah berubah menjadi hijau. Pusing keliling itu masih berada di depan kami. Kami merasakan ada sesuatu yang aneh dan ganjil akan berlaku.

    Gambar Freepik

    “Eh….tadi tak ada round-about di depan ni kak,” kata teman Tazah.

    “Entahlah akak pun tak tahu, kalau ia berpusing lagi nahas kereta akak dilanggarnya,” kataku setengah gugup.

    Lama aku berhenti di sana hingga bayangan pusing keliling itu menghilang. Buat seketika waktu Tazah merasa takut dan cemas saja kerana aa tak pernah mengalami pekara seperti itu. Aku pun meneruskan perjalanan perlahan-lahan setelah lampu merah bertukar hijau.

    Tanpa disangka ada seorang lelaki dan isterinya memakai pakaian kahwin ala Cheong Sam sedang berjalan kaki menuju depan. Kami tak berani betegur sapa, apa tah lagi untuk menumpanginya balik.

    Setelah melintasi mereka, depan cermin itu aku lihat wajah mereka pucat lesu, bibir kering kebiruan, mata kemerahan seolah-olah bekas orang bangkit dari kubur Cina. Mereka melompat-lompat dengan kedua-dua tangan terangkat ke atas. Akhirnya menghilang begitu saja.

    Sesampai kami ke lampu trafik dari jalan masuk ke Lambak, aku tak menduga sama sekali bahawa lampu trafik itu bertukar silih berganti. Malam itu menjelma lagi asap tebal di depan dan bau busuk seperti bangkai menusuk hidung entah dari mana. Teman Tazah melihat lembaga putih berambut panjang tanpa kaki sedang mengejar kami di belakang.

    Aku pun memecut kereta dengan laju hingga melintasi masjid Setia Ali Muara. Barulah lembaga itu menghilangkan. Apabila aku membelok ke jalan Serasa dengan harapan akan sampai ke rumah makcikku. Aku melalui jalan pintas lebuhraya jabatan Laut. Di sana lampu-lampu di jalan raya itu bertukar menjadi merah. Tazah berteriak kerana ia melihat lampu jalan raya merah itu mengalir darah-darah ganjil yang pekat berserta ulat dan cacing. Aku merasa cemas lalu mulutku kumat-kumit membaca ayat suci.

    Tiba-tiba lampu-lampu itu terpadam sendirinya. Masa itu terlalu gelap. Tiba-tiba ada cahaya dan kelihatan seorang lelaki berjalan dengan tongkatnya berpakaian jubah putih menghampiri kami.

    Tazah memelukku dalam ketakutan begitu juga temannya. Aku pun membuka cermin kereta lalu orang itu berkata, “Malam-malam begini sudah kamu melepaskan diri dari bayangan kejahatan dan mainan makhluk halus yang dilaknati Allah. Ada orang di antara kamu sedang dalam haid sebab itulah sepanjang jalan raya diekori pengait yang sedang menunggu mangsanya untuk menjilat darah haid itu,” katanya dengan suara yang lembut.

    “Kau kah Tazah?”tanyaku. 

    Tazah cuma mengangguk dalam diam.

    “Lepas ini kamu pulanglah dengan selamat, aku akan memimpinnya ke situ.”

    “Terima kasih,” balas kami serentak namun orang itu sudah hilang dari pandangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...