DOHA – Qatar telah berjaya menjadikan jalan rayanya yang sibuk di ibu kota Doha berwarna biru terang sebagai salah satu usaha mereka untuk melakukan percubaan bagi menyejukkan permukaan termak dan mengurangkan lagi suhu kawasan persekitarannya.
Keadaan suhu di padang pasir emirat itu kadang kala mencapai sehingga 50 darjah Celsius (122 Fahrenheit) dan haba panas menjadi satu kebimbangan utama apabila negara itu dinamakan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
Walaupun kejohanan itu berlangsung pada musim sejuk di mana keadaan suhu cuaca akan lebih sejuk namun usaha itu merupakan persediaan bagi mengelakkan tempoh suhu yang paling panas apatah lagi Doha masih bergelut untuk menangani keadaan cuaca yang berubah-ubah khususnya pada musim panas.
Suhu yang tinggi boleh menyebabkan permukaan kereta menjadi retak, cat pula semakin pudar dan plastik mencair – menggalakkan pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian yang inovatif dan kreatif.
Jalan raya berwarna biru sejauh 200 meter di pusat bandar itu yang menuju ke tepi air telah disaluti dengan pigmen refleksi panas yang tebal sehingga satu milimeter.

Dalam tempoh percubaan selama 18 bulan Ashghal, pihak berkuasa kerja awam Qatar, akan menguji jika permukaan baharu itu berkesan membawa suhu dan membantu mengurangkan pembawaan haba panas di kawasan persekitaran tersebut.
“Kami mempunyai persekitaran di mana terdapat suhu yang lebih tinggi khususnya di kawasan pedalaman dan setentunya memberikan keadaan yang tidak selesa,” kata Alex Amato, Ketua Kelestarian di Majlis Bangunan Hijau Qatar.
“Daripada menggunakan jalan raya berwarna hitam yang lebih menyerap haba sebaliknya anda mempunyai jalan raya yang memantulkan kepanasan (tidak menyerap haba),” jelasnya.
Turut digunakan di tempat lain
Jalan raya biru itu turut diuji di tempat yang lain termasuk di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Jepun yang turut mengalami keadaan suhu yang panas dan kelembapan di Tokyo khususnya pada musim panas, menganjurkan beberapa acara sukan berprofil tinggi termasuk Piala Dunia Ragbi pada tahun ini dan Sukan Olimpik Musim Panas 2020.
Pihak berkuasa di ibu negara itu berkata mereka juga akan menggunakan permukaan jalan raya refleksi di seluruh ibu negara bagi menangani keadaan suhu cuaca yang tinggi. Bandar ini turut menanam lebih banyak pokok dan semak bagi membantu menyerap haba melalui proses semula jadi iaitu fotosintesis.
Tarmac dan simen menyerap tenaga suria pada siang hari dan melepaskannya pada waktu malam, ini bermakna bandar-bandar berdekatan akan lebih panas daripada kawasan luar bandar kerana kedudukan bangunan yang menjadi singki haba gergasi.
Apa yang diharapkan dengan permukaan jalan raya berwarna biru ini akan mampu mengurangkan penyerapan tenaga suria dan memantulkan sinaran ultra violet, mengurangkan lagi suhu cuaca yang panas khususnya kepada pejalan kaki dan juga pemandu yang melalui jalan raya tersebut.
Paparan digital turut diletakkan di persekitaran jalan raya tersebut bagi menunjukkan permukaan yang lazim iaitu antara enam dan 10 darjah lebih panas berbanding jalan raya yang dilindungi. “Berkemungkinan kita tidak akan dapat mengurangkan suhu cuaca pada keseluruhannya akan tetapi apa yang pasti, kita boleh melanjutkan tempoh bagi orang ramai untuk menggunakan kemudahan ini,” jelas Amato kepada media. – AFP