Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan rosak akibat tiada kawalan jentera berat

    Penulis dan penduduk kampung semakin bimbang terhadap jalan raya yang selalu digunakan bertambah rosak disebabkan oleh kurangnya kawalan ke atas keluar masuk kenderaan berat.

    Penulis menimbulkan isu jalan rosak ini agar ia dapat ditangani dengan sewajarnya.

    Ramai pemandu juga meluahkan ketidakselesaan menggunakan jalan-jalan kecil di Kampung Singap kerana permukaannya yang teruk dan berlopak-lopak akibat sering dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat (trak, lori, treler) milik syarikat-syarikat di kawasan Kemajuan Pertanian Merangking.

    Kerosakan pada struktur asas jalan itu akan menjadi lebih teruk semasa musim hujan yang menyusahkan pemandu kenderaan kecil melalui jalan tersebut.

    Diharap pihak berkuasa dapat memberi peringatan kepada syarikat-syarikat tersebut untuk bertanggungjawab memperbaiki jalan-jalan berkenaan.

    Arjuna

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda