Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada para pengguna jalan raya mengenai pembukaan semula Jalan Utama Berakas berdekatan dengan Sekolah Menengah Berakas dan Sekolah Penerbangan IBTE, hala Lambak bermula hari ini, 31 Disember pukul 4 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, menyatakan bahawa jalan berkenaan dibuka semula setelah kerja-kerja pembaikan jejantas pejalan kaki siap dilaksanakan.
Pengguna-pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati mengikut had laju yang ditetapkan serta mematuhi papan-papan tanda yang telah disediakan.