Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Sempena Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara di Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali Saifuddien pada 29 Julai ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan kepada pengguna-pengguna jalan raya bahawa jalan-jalan yang terbabit akan dikawal selia sementara semasa majlis berkenaan berlangsung.
Menurut kenyataan PPDB, antara jalan yang dikawal selia pada 29 Julai jam 5:45 pagi sehingga selesai ialah 1) Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang Jalan Kubah Makam Diraja,
2) Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang turun dari belakang Hospital RIPAS,
3) Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha simpang turun dari Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah (dekat Mahkamah),
4) Lampu Isyarat Jalan Haji Basir simpang 4 Jalan Simpang,
5) Lampu Isyarat Jalan Haji Basir simpang Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien (dekat Balai Bomba),
6) Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien simpang Jalan Dato Taib,
7) Lampu Isyarat Jalan Tasik simpang Jalan Pehin Dato Isa,
8) Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien simpang Jalan Stoney,
9) Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Bendahara,
10) Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien simpang Jalan Bendahara,
11) Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Elizabeth II,
12) Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien simpang Jalan Elizabeth II,
13) Jalan Kianggeh simpang Jalan Pemancha,
14) Jalan Kianggeh simpang Jalan Cator,
15) Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Mc Arthur,
16) Pusing keliling Jalan Mc Arthur (dekat DQ),
17) Lampu Isyarat Jalan Masjid Omar ’Ali Saifuddien simpang Jalan Elizabeth II dan,
18) Simpang-simpang sepanjang Jalan Stoney
Manakala itu, tempat-tempat letak kereta yang telah dikhaskan bagi para jemputan adalah seperti:
- Pas Letak Kereta VVIP di kawasan Jalan Elizabeth II,
- Pas Letak Kereta A di kawasan letak Kereta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
- Pas Letak Kereta B di kawasan Letak Kereta Bangunan Bank Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB),
- Pas Letak Kereta C di kawasan Letak Kereta Bangunan Persatuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB),
- Pas Letak Kereta D di kawasan Letak Kereta Bekas Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan;
- Pas Letak Kereta E di kawasan Letak Kereta Bangunan Mahkamah Tinggi Syariah
Untuk makluman juga, pada sebelah pagi sebelum majlis berlangsung, bas-bas membawa penuntut-penuntut yang terlibat dalam majlis berkenaan akan menggunakan Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien dan Jalan Kianggeh.
Tempat-tempat penurunan penuntut (drop-off points) adalah di sepanjang Jalan Elizabeth II (berdekatan dengan Jabatan Elektrik), Jalan Bendahara dan Jalan Pehin Dato Isa.
Selesai majlis, penuntut-penuntut akan diambil (‘pick-up point’) di Jalan Elizabeth II dan jalan-jalan di kawasan Bandar Seri Begawan yang akan digunakan sebagai laluan bas-bas penuntut adalah Jalan Kianggeh, Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien dan Jalan Stoney.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif jika perlu untuk menghala ke Bandar Seri Begawan seperti Jalan Kiulap, Jalan Simpang, Jalan Stoney, Jalan Tasek dan Jalan Kianggeh.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi dan bertolak ansur atas arahan anggota-anggota polis trafik yang bertugas semasa majlis berlangsung.