Wednesday, December 25, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalani gaya hidup sihat dengan terapi teknik regangan berkesan

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Dalam komitmen berterusannya untuk memupuk gaya hidup sihat dan seimbang di kalangan pekerja, satu sesi kecergasan telah dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan syarikat Super Slim Fit Brunei, satu pertubuhan amal kecergasan terbesar di Brunei.

    Pengetua Super Slim Fit Brunei, Tan Sui Seng menyatakan bahawa objektif sesi itu adalah untuk menggalakkan kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan dan mengurangkan kebimbangan dan kemurungan.

    Peserta sesi berkenaan mempelajari teknik regangan yang berkesan untuk mengurangkan sakit badan dan kekejangan.

    Super Slim Fit Brunei turut berkongsi amalan yang lebih sihat ke dalam rutin harian yang memfokuskan pada faedah terapi regangan.

    Pengetua Tan turut menekankan bahawa regangan adalah satu teknik yang mudah tetapi berkuasa untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dan turut menggalakkan orang ramai untuk menjadikannya sebahagian daripada amalan seharian mereka.

    Kumpulan kecergasan berkenaan juga menawarkan pelbagai latihan dan program latihan yang disesuaikan untuk individu biasa dan orang berkeperluan khas dengan kelas yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan juga Mandarin.

    Untuk menggalakkan kesedaran tentang kesihatan, Super Slim Fit Brunei menawarkan sesi kecergasan percuma kepada sektor kerajaan dan swasta atas permintaan, menunjukkan komitmen mereka untuk mempromosikan komuniti yang lebih sihat dan aktif.

    Antara aktivit semasa sesi kecergasan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SUPER SLIM FIT BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda