Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalani pembedahan plastik sejak di bangku sekolah

    TOKYO, 18 NOV – Seorang pempengaruh Jepun mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan sudah menjalani pembedahan plastik sejak di bangku sekolah lagi dan menghabiskan lebih 10 juta yen untuk menukar penampilannya.

    Menurut portal Oddity Central, pempengaruh bernama Zirazyo itu mula mendapat perhatian warganet apabila gadis itu mendedahkan kecantikannya sekarang adalah hasil pembedahan plastik banyak kali.

    Zirazyo menceritakan perjalanan pembedahan kosmetiknya melalui video dimuat naik ke laman Tiktok, menyatakan semasa berusia 11 tahun, dia menjalani pembedahan plastik.

    Wajahnya makin cantik hanya selepas menjalani tiga prosedur pembedahan.

    Zirazyo mengatakan tidak semua pembedahan plastik adalah negatif, ada pembedahan yang sememangnya perlu untuk kesihatan. Dia melakukannya kerana cemburu dengan kecantikan semula jadi adik perempuannya dan didorong minat mendalam untuk menceburi industri hiburan.

    Dia bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain demi menjaga kesihatan mental, kerana media sosial hari ini boleh membuatkan pengguna tertekan.

    Menurutnya, pembedahan plastik mempunyai sisi gelap dan sesetengah orang boleh menjadi ketagih untuk melakukannya berulang kali. – Agensi

    Wajah Zirazyo sebelum dan selepas pembedahan plastik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda