Jalani saringan kesihatan sebelum pulang ke kampung

LABUAN, 29 APRIL – Seramai 2, 341 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) hari ini mula menjalani ujian saringan COVID-19, sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman minggu depan, kata Pengarah LMC
Mohd Idris Omar.

Syarat wajib itu ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Sabah Mohd Idris berkata kolej itu mempunyai 2, 876 pelajar berdaftar tetapi 535 pelajar telah pulang pada 19 Mac lepas.

Katanya, pelajar berasal daripada Sabah merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 1,945 diikuti  860 pelajar daripada Sarawak, Labuan (67), Kuala Lumpur (dua) dan masing-masing satu daripada Terengganu dan Johor.

“Setiap pelajar diwajibkan menjalani saringan dan hanya mereka yang sihat akan dibenarkan pulang ke kampung halaman manakala yang tidak sihat (mengalami demam, batuk, selesema, simptom seperti selesema atau sesak nafas) akan dirawat oleh petugas kesihatan Labuan di sini,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

Seramai 2,341 orang pelajar LMC mula menjalani ujian saringan COVID-19 dan ujian swab rambang, kelmarin, sebelum pulang ke kampung yang dijangkakan minggu depan. – Bernama