Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalin hubungan melalui kerja amal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TEMBURONG, 5 OKT – Lebih 90 orang pemilik Alphard Vellfire Brunei (BRAVE), telah membuat kerja amal bergotong-royong di Masjid Kampung Labu Estate, Daerah Temburong, kelmarin.

    Aktiviti tersebut merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh BRAVE di samping untuk mengeratkan silaturrahimdi antara pemilik kenderaan Toyota Alphard Vellfire dengan jemaah takmir masjid berkenaan dengan mengerjakan sembahyang fardu Zohor secara berjemaah di masjid tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampong Labu Estate, Haji Mohammad Sallehuddin bin Haji Suhaimi dan diselajurkan dengan penyampian sijil penghargaan kepada pengerusi BRAVE oleh Pemangku Penghulu Mukim Labu, Haji Sulaiman bin Haji Nasir sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kerja-kerja kempen yang dilakukan di masjid tersebut.

    Selain itu, ahli-ahli BRAVE juga telah melakukan kutipan amal khusus bagi masjid tersebut dengan mewakafkan sebuah meja serta almari bagi kemudahan kanak-kanak kampung tersebut bagi memudahkan melakukan pengajian dan juga mewakafkan pembesar suara.

    Selain daripada itu ahli BRAVE bersama beberapa orang awamyang lain juga telah turut memberikan sumbangan bagi keperluan, kemudahan dan keselesaan para jemaah di masjid tersebut.

    Penyerahan wakaf telah diserahkan oleh wakil-wakil BRAVE yang diterima terus oleh imam Masjid Kampung Labu Estate dan juga pemangku penghulu Mukim Labu, Daerah Temburong.

    Dengan keramaian tidak melebihi 150 orang, perhimpunan berkenaan juga mengikut saranan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi pencegahan penularan wabak COVID-19 dan mendapat kebenaran Pejabat Daerah Temburong, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Pengurusan Jambatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda