Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalin kerjasama jayakan Pesta Pengguna ke-20

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – D’Sunlit Sdn Bhd selaku penganjur Pesta Pengguna ke-20, hari ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa lagi rakan kongsi bagi memeriahkan lagi acara yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Januari depan.

    Majlis penandatanganan telah berlangsung di Premis D’Sunlit Sdn Bhd, Beribi, di sini, di mana syarikat-syarikat yang menandatangani MoU berkenaan terdiri daripada NBT (Brunei) Sdn Bhd, Hamitan Group, Oregon System dan Gintell (B) Sdn Bhd.

    Hadir bagi menandatangani MoU bagi pihak D’Sunlit Sdn Bhd ialah pengarah urusannya, Jackson Ting dan disaksikan oleh Pengurus Operasi, Ngu Tiing Siang.

    Manakala itu, NBT (Brunei) Sdn Bhd selaku rakan kongsi rasmi acara telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan NBT (Brunei) Sdn Bhd, Haji Ahmad Omar bin Pehin Haji Hussin dan disaksikan oleh Clovien Abdullah Timpoh selaku pengurus pemasaran.

    NBT (Brunei) Sdn Bhd akan mengendalikan jerayawara di luar pintu masuk utama di Pusat Persidangan Antarabangsa dan akan menawarkan promosi istimewa sepanjang acara itu.

    Antara rakan kongsi Pesta Pengguna ke-20 bergambar ramai sejurus selapas menandatangani memorandum.
    Antara yang hadir mendengarkan taklimat pada petang itu.

    Oregon System selaku pembekal perkhidmatan rasmi CCTV bagi Pesta Pengguna ke-20 juga akan turut serta selaku rakan kongsi rasmi aktiviti dengan membawakan pelbagai permainan untuk kanak-kanak.

    Gintell (B) Sdn Bhd pula akan menyediakan beberapa kerusi urut, Rest N Go di kawasan dewan bagi mereka yang perlukan rehat buat seketika semasa acara itu.

    Sementara itu, Hamitan Group juga menyertai acara berkenaan selaku rakan acara.

    Selepas penandatanganan MoU berkenaan, majlis disusuli dengan taklimat yang dihadiri oleh syarikat-syarikat dan penubuhan yang bakal mempamerkan produk-produk dan perkhidmatan terbaik mereka semasa acara lima hari berkenaan.

    Para hadirin dikemaskinikan mengenai perkembangan terkini, keperluan logistik, peraturan dan undang-undang untuk dipatuhi dan beberapa isu berbangkit untuk memastikan acara itu berjalan dengan lancar.

    Di samping itu, mereka juga dijelaskan mengenai majlis pembukaan rasmi yang akan diadakan pada 24 Januari nanti.

    Menurut kenyataan yang diberikan, aktiviti utama yang diketengahkan bagi acara berkenaan adalah selaras dengan tema Pesta Pengguna ke-20 iaitu ‘Remembering the Past, Celebrating the Present dan Envisioning the Future’.

    Semasa pesta berkenaan, orang ramai akan dapat menikmati dan mendapatkan inspirasi daripada pameran Galeri Neon yang dikenali sebagai ‘After Glow’ di mana beberapa orang artis mural setempat dari Australia didatangkan untuk menghasilkan karya agung yang berkaitan dengan tema acara berkenaan.

    Malah, orang ramai juga dapat mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak dari tahun 90-an dengan Kedai Vintaj 90-an di mana pengunjung boleh mendapatkan permainan-permainan seperti tamagotchi dan gula-gula yang popular dalam tahun 90an dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan seperti seni pasir dan banyak lagi.

    Pelbagai aktiviti dan acara lain seperti promosi-promosi menarik dan cabutan-cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan yang disediakan oleh rakan-rakan kongsi.

    Sorang pengunjung bertuah juga akan berpeluang memandu pulang sebuah kereta Toyota Vios dalam Cabutan Bertuah Utama Pesta Pengguna ke-20 tajaan D’Sunlit Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda