Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalin kerjasama majukan keselamatan siber

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Institut Kemuda bersama IT Protective Security Services (ITPSS) telah bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di Kampus Institut Kemuda, Beribi, hari ini.

    Majlis penandatanganan dimulakan dengan perasmian dan ucapan oleh Pengetua Institut Kemuda, Awang Mohammed Khairy Yusrin bin Haji Abdul Salam dan Ketua Pegawai Penerangan, Awang Azman Iskandar Ariffin, yang juga hadir selaku tetamu kehormat.

    Kedua-dua organisasi berkenaan komited untuk memajukan keselamatan siber dan memberikan kesedaran kepada organisasi awam dan swasta mengenai pentingnya melindungi diri mereka daripada jenayah siber yang semakin menjadi-jadi.

    Kerjasama itu juga bermatlamat untuk meningkatkan kepercayaan dan keupayaan sektor awam dan swasta bagi menerima pakai inovasi dalam industri, dan secara global melalui pembangunan projek penyelidikan, perintis dan bukti konsep. 

    Pada masa yang sama ia juga dihasratkan bagi menyokong dan menjelmakan matlamat pendidikan negara bagi Wawasan Brunei 2035.

    Awang Mohammed Khairy Yusrin dan Awang Azman Iskandar Ariffin menandatangani perjanjian semasa majlis yang berlangsung di Kampus Institut Kemuda, Beribi kelmarin. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda