Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalin kerjasama terokai potensi metaverse

    KUALA LUMPUR, 1 APRIL – Empat syarikat tempatan menjalin kerjasama dengan Metabond Group Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang membangunkan platform metaverse Soulbond dan permainan dalam talian MMORPG, untuk meneroka peluang potensi yang ditawarkan oleh evolusi Web3.

    “Web3 tidak sama seperti Web 2.0 media sosial dan platform terdahulu. Ia berupaya menawarkan perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna menerusi pelbagai interaksi, acara dan aktiviti dua hala, semuanya dijalankan di dunia maya yang dipanggil metaverse,” kata ketua pemasaran Metabond, Boonie Ten kepada Bernama.

    Beliau berkata perintis pembetulan visi laser, Optimax, merupakan yang pertama menyertainya diikuti oleh dua syarikat makanan dan minuman, CEO Kitchen & Bar dan Her House KL serta syarikat pakar perekat dan pelekat Rovski Sdn Bhd.

    Menerusi kerjasama itu, beliau berkata syarikat terbabit akan diberikan akses kepada plot dan tanah di di dunia maya Soulbond, yang boleh dibangunkan untuk mempromosi dan menyediakan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengunjung dan pemain Soulbond. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda