Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Jalin semula ikatan selepas 41 tahun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Bekas pelajar-pelajar pengambilan pertama Brunei Shell BSP BEC (Business Education Council UK) berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim sambil mengimbas kenangan bersama pada majlis pertemuan semula yang berlangsung di The Empire Brunei, baru-baru ini.

    Pertemuan itu turut disertai oleh bekas pelajar tahun 1982 selain 16 orang bekas pelajar pengambilan pertama.

    Meskipun telah menamatkan pengajian 41 tahun lalu dan masing-masing telah berpecah serta ditempatkan di jabatan berasingan dalam BSP, pertemuan itu telah menjalinkan semula silaturahim mereka dan mencetus semangat baharu, kata salah seorang ahli jawatankuasa pertemuan itu, Haji Nasaruddin.

    Menurut beliau, kenangan manis sebagai kakitangan BSP tetap tidak dapat dilupakan sehingga kini.

    Bekas penuntut Brunei Shell BSP BEC berjumpa setelah berpisah 41 tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...