LOS ANGELES, 29 Nov – Jam City, sebuah pemimpin di dalam hiburan mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi Bingo Pop, satu daripada permainan mudah alih bingo yang terkemuka di seluruh dunia, dari Uken Games.
Pasukan veteran Bingo Pop itu telah menyertai Jam City dan akan terus menguruskan operasi permainan dari studio baharu Jam City di Toronto. Terma dan syarat pemerolehan itu tidak didedahkan. “Kami sangat berbangga untuk meneruskan pengembangan pesat Jam City di peringkat global dengan pengambilalihan satu daripada tajuk bingo yang paling popular, dan pasukannya yang sangat berbakat,” kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jam City.
“Pengambilalihan ini menyediakan Jam City dengan akses kepada bakat kreatif yang terkemuka di satu daripada pasaran teknologi yang paling pesat berkembang dan paling menarik di dunia.
“Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan Jam City yang sangat berbakat di Toronto ketika kami mengecas operasi langsung Bingo Pop dan membangunkan tajuk-tajuk baharu yang berinovatif dan pengalaman hiburan mudah alih.”
Kanada semakin pantas menjadi sebuah tempat perlindungan bagi pemaju, jurutera, pereka, dan artis permainan yang utama dari seluruh pelusuk dunia memandangkan universitinya yang berprestij, penjagaan kesihatan yang universal, perumahan yang mampu dimiliki dan komuniti yang pelbagai.
Di samping itu, lebih daripada 35,000 orang pelajar mendaftar di dalam program yang berkaitan dengan permainan digital di seluruh wilayah Toronto, Ontario. “Jam City tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan ke dalam bakat-bakat besar di rantau itu dan mengembangkan operasi kami dalam sebuah bandar raya yang bertenaga dan yang mencorakkan arah aliran,” kata DeWolfe. – Bernama