Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jam paling tepat di dunia dijual AS$3.3 juta

    TOKYO, 5 MAC – Jam paling tepat di dunia, yang kelihatan seperti peti sejuk dempak dan lebar, dijual pada harga AS$3.3 juta di Jepun hari ini.

    Jam ‘Aether clock OC 020’ itu sangat tepat sehingga ia akan mengambil masa 10 bilion tahun untuk menyimpang satu saat, menurut pengeluar yang berpangkalan di Kyoto, Shimadzu Corp.

    Dikenali sebagai ‘jam kisi optik strontium’, ia 100 kali lebih tepat berbanding jam atom caesium, piawaian semasa untuk mendefinisikan saat, kata pengeluar peralatan ketepatan itu dalam satu kenyataan.

    Mesin tersebut, yang berbentuk kotak sekitar satu meter tinggi, kecil bagi jenisnya dengan isipadu kira-kira 250 liter. Ia juga boleh digunakan dalam kerja penyelidikan lapangan.

    Shimadzu bertujuan untuk menjual 10 jamnya dalam tempoh tiga tahun akan datang dan berharap pelanggannya akan menggunakannya untuk memajukan penyelidikan saintifik dalam bidang seperti pemerhatian aktiviti tektonik.

    Jam kisi optik sebelum ini telah dipasang di Menara Skytree yang terkenal di Tokyo untuk menguji teori relativiti am, yang menyatakan, ‘masa berlalu lebih perlahan di tempat dengan graviti yang kuat.’ – AFP

    Jam ‘Aether clock OC 020’ itu sangat tepat sehingga ia akan mengambil masa 10 bilion tahun untuk menyimpang satu saat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda