Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jam tangan Luminox Navy SEAL serba hitam

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEBLuminox Navy SEAL Chronograph Slow is Smooth, Smooth is Fast merupakan model jam tangan baharu yang tersedia dalam warna serba hitam dan mempunyai mantera tertulis pada dail jam tangan dalam warna merah.

    Ia juga menampilkan fungsi kronograf dengan sarung ikonik berbentuk penyu yang memberikan perlindungan tambahan.

    Seperti semua jam tangan Luminox, ia menggabungkan Teknologi Cahaya Luminox, bagi memastikan jam tangan tersebut boleh dilihat dalam sebarang keadaan cahaya sehingga 25 tahun.

    Navy SEAL ketika ini sedang meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan pasukan elit itu dan Luminox berbesar hati untuk meneruskan kerjasama yang telah lama terjalin dengan penambahan terbaharu yang mengabadikan mantera menjadi jam tangan yang lasak dan tahan lama.

    Dengan Luminox Navy SEAL Chronograph baharu, peminat jenama itu boleh mendapatkan masa yang tepat semasa mereka bekerja.

    ejak penubuhannya pada tahun 1989, Luminox telah bekerjasama dengan Navy SEAL untuk mencipta jam tangan yang sesuai dengan keperluan serta menghormati etika kerja dan nilai.

    Edisi jam tangan baharu ini membuktikan perkara itu, dalam kronograf serba hitam yang kelihatan hebat dengan mantera tertera pada dail.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda