NEW YORK, 29 MAC – Dua Rolex yang membawa nilai ‘sentimental’ untuk pelakon Paul Newman akan dilelong sebagai sebahagian daripada koleksi peribadi ikon mendiang, dengan kedua-dua jam tangan itu dijangka meraih jualan sehingga AS$1 juta.
Sotheby, yang bertanggunjawab melelong barangan tersebut, berkata bulan lalu bahawa lebih 300 barangan yang dimiliki oleh bintang filem dan pelumba kereta Newman dan isterinya yang berusia 50 tahun Joanne Woodward akan dilelong pada 9 Jun.
Kelmarin Sotheby melelong dua Rolex Daytonas, jam tangan klasik dan idaman yang meraikan ulang tahun ke-60 model itu tahun ini, yang pernah dipakai Newman semasa kerjaya perlumbaannya yang terkenal.
Rolex Daytona ‘Zenith’ telah dihadiahkan kepada Newman pada tahun 1995 untuk menandakan kemenangannya dalam 24 jam Daytona Race di Florida dalam kategori GTS-2. Dia berusia 70 tahun ketika itu dan menjadi pemenang tertua pertandingan ketahanan.
Sotheby berkata jam tangan itu dipenuhi dengan nilai sentimental dan sejarah yang disampaikan daripada detik-detik kemuncak dalam kerjaya perlumbaan terkenal Newman. – AFP
