Wednesday, January 8, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamal Abdillah timang anak ketujuh pada usia 66 tahun

    Pada usia 66 tahun penyanyi tersohor Datuk Jamal Abdillah dikurniakan limpahan rezeki apabila selamat menimang cahaya mata ketujuh yang dilahirkan pada pukul 9.38 pagi tadi.

    Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali memaklumkan isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, melahirkan anak damit perempuan mereka seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

    Jamal turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

    “Terima kasih untuk ucapan dan doa awda semua,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar.

    Penyanyi lagu Gadis Melayu ini turut berkongsi video memaparkan dia sedang melaungkan iqamat pada anak damit perempuannya itu.

    Jamal dilihat gembira menyambut kelahiran anak damit itu dan tidak ketinggalan merakamkan foto kenangan bersama jururawat di hospital.

    Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.

    Bayi itu merupakan anak kelima hasil perkahwinan berkenaan termasuk Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani atau Zack, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 3, dan Rahil Laura Salsabila yang kini berusia setahun.

    Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 23, dan Ahmad Zaki Yamani yang berusia 19 tahun. – Agensi

    Jamal bersama Datin Zai Izzati Khiruddin menerima cahaya mata perempuan pagi tadi. – Gambar Instagram
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda