Tuesday, November 5, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamal Abdillah tolak undangan kalau harga rendah

    Tegas dalam menerima sebarang tawaran persembahan pentas, penyanyi Datuk Jamal Abdillah akan menolak mana-mana undangan dengan harga rendah.

    Jamal, 65, berkata, pihak penganjur sepatutnya lebih maklum mengenai harga perlu dibayar kepada penyanyi sepertinya dan bukannya meletakkan bayaran tidak masuk akal.

    Pun begitu kata Jamal, dia bukan seorang yang tidak berhati perut malah terbuka dengan perbincangan termasuk jika sesebuah persembahan itu membabitkan projek kebajikan.

    “Biasanya mana-mana penganjur acara sudah tahu meletakkan harga namun masih ada memberi tawaran tidak masuk akal sehingga saya terpaksa tolak.

    “Jika ada tawaran menyanyi tidak membabitkan jualan tiket seperti program kebajikan untuk anak-anak yatim saya terima. Kalau melibatkan acara berbayar sepatutnya ada bayaran untuk penyanyi.

    “Pada usia saya sekarang bayaran adalah nombor dua sebab penganjur sudah tahu tapi apa lebih penting adalah saya mahu hiburkan peminat,” katanya kepada mStar.

    Bercakap mengenai karier seni, Jamal terbuka menghasilkan lagu-lagu baharu termasuk kolaborasi dengan penyanyi generasi baharu.

    Tidak hanya itu, Jamal juga sentiasa merancang jadual persembahan selain berazam menganjurkan konsert terbitan syarikatnya sendiri.

    “Setiap tahun saya akan pastikan sekurang-kurangnya dua konsert sendiri. Kalau tiada pihak nak anjurkan saya sendiri akan buat.

    “Saya akan terus aktif dan terbuka jika ada mana-mana komposer mahu hasilkan lagu baru saya.

    “Kalau ada penyanyi nak berkolaborasi atau berduet pun saya tiada masalah,” ujarnya.

    Sementara itu, Jamal bakal bakal tampil menghiburkan peminat dalam Konsert Datuk Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura yang bakal berlangsung pada 15 Februari 2025 di Zepp, Kuala Lumpur. – Agensi

    Jamal janjikan persembahan istimewa dalam konsert akan datang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda