Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamal ditahan polis kes ‘serbu’ premis disyaki pusat judi

    KUALA LUMPUR, 2 Feb – Pengerusi Gerakan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah antara 10 orang ditahan polis dalam siasatan yang dikaitkan dengan tindakan mereka ‘menyerbu’ beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi di Ampang pada Disember tahun lepas.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata Jamal ditahan petang tadi di kediamannya manakala sembilan lagi ditahan semalam.

    Beliau berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beberapa barang milik premis berkenaan dilaporkan hilang.

    “Polis ada menerima beberapa laporan mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. Fadzil berkata permohonan reman akan dibuat esok.

    Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut akibat ditikam di pusat hiburan di Mont Kiara pada Sabtu lepas. –Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda