Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamal enggan ‘syok sendiri’

    Enggan dilabel konsert ‘syok sendiri’, penyanyi legenda jolokan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 64, tidak akan mengetepikan lagu hit dalam Konsert Jamal Abdillah Live In Concert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9 September ini.

    Lebih lima dekad dalam industri muzik dan memiliki lebih 200 koleksi lagu, Jamal berkata, dia juga miliki keinginan membawa kelainan dengan menyanyikan lagu berbeza yang jarang diperdengarkan dalam konsert sebelum ini.

    Namun, katanya, perkara itu hanya akan membawa masalah dan menimbulkan rasa tidak puas disebabkan peminat hanya mahukan lagu sama yang sudah dinyanyikan berpuluh-puluh kali dalam konsert.

    “Walaupun memiliki 200 lagu, tetapi bukan mudah membuat pilihan lagu setiap kali konsert. Saya juga cuba mengelakkan menjadi syok sendiri dengan menyanyikan lagu pilihan sendiri.

    “Ada masanya saya fikir hendak bawa kelainan dengan menyanyikan lagu yang jarang diperdengarkan, tetapi perkara ini akan menjadikan saya syok sendiri dan peminat tidak berpuas hati.

    Jamal miliki keinginan bawa kelainan nyanyi lagu berbeza, namun bimbang peminat tak puas hati. – The Star

    “Peminat tetap mahu dengar saya menyanyikan lagu hit sama setiap kali konsert.

    “Walaupun menyanyikan lagu sama berpuluh-puluh kali, mereka tetap tidak jemu.

    “Jadi, bagi memastikan peminat pulang dengan kepuasan, saya akan cuba menyanyikan semua lagu hit, termasuk ada yang terpaksa dijadikan medley supaya semua orang dapat menghayatinya,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Jamal Abdillah Live In Concert, baru-baru ini.

    Masih berjaya mengekalkan vokal yang mantap, Jamal berkata, dia tiada sebarang rahsia, sebaliknya sentiasa memastikan badannya sihat dan fit menjelang konsert.

    Katanya, antara rutin biasa diamalkan adalah joging atau berjalan laju atas alatan bersenam. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda