Thursday, April 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan Bailey akan dibina di Kampung Lungkidau

    RANAU, 6 OKT – Jambatan Bailey akan dibina di Kampung Lungkidau di sini bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh dalam hujan lebat dan banjir pada awal tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali.

    Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengambil perhatian mengenai situasi jambatan runtuh itu setelah melawat kawasan berkenaan semasa Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.

    Katanya, pemilihan untuk menggantikan jambatan berkenaan kepada jambatan Bailey adalah disebabkan jambatan itu tidak memakan masa yang lama untuk disiapkan dan mampu menampung bebanan sehingga 15 tan berbanding jambatan sebelum ini yang hanya lima tan.

    “Oleh itu, saya telah memberikan penerangan kepada Jemaah Menteri mengenai perkara ini dan semua setuju agar masalah ini ditangani dengan serius demi kepentingan penduduk yang menggunakan kemudahan berkenaan.

    “Kabinet minta Kementerian Kerja Raya (KKR) membuat semakan dan kesesuaian memasang jambatan Bailey. Kita mempunyai satu stok jambatan berkenaan di Sabah malangnya spesifikasinya tidak sesuai. Kita terpaksa minta stok daripada Semenanjung,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan itu di sini, hari ini. – Bernama

    Datuk Armizan Mohd Ali ketika meninjau jambatan runtuh akibat bencana banjir di Sungai Liwagu Kampung Paginatan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda