MUKAH, 9 JAN – Jambatan Batang Lassa yang menghubungkan daerah Daro dengan Pulau Bruit dibuka kepada orang ramai hari ini setelah siap sepenuhnya. Jambatan sepanjang 2.4 kilometer (km) itu telah dibina dengan kos hampir RM600 juta dan merupakan sebahagian daripada projek Jalan Pesisir Sarawak dan Jalan Jajaran Utama Kedua Sarawak, kedua-keduanya bernilai hampir RM12 bilion.

