Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan Batang Paloh digesa siap menjelang Mac 2026

    KUCHING, 26 MAC – Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas melahirkan kebimbangan terhadap kelewatan projek pembinaan Jambatan Batang Paloh bernilai RM298.4 juta di Mukah.

    Beliau menggesa kontraktor untuk mengambil langkah serius bagi mempercepatkan pembinaan, termasuk membawa masuk lebih banyak jentera dan peralatan serta melanjutkan waktu kerja bagi memastikan projek yang kini sudah lewat 96 hari dapat disiapkan menjelang Mac tahun depan.

    “Ini merupakan salah satu projek jambatan yang bermasalah dan hampir dikategorikan sebagai projek sakit.

    “Apabila projek besar seperti ini tertangguh, rakyat akan meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka kepada wakil rakyat dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima taklimat kemajuan daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Dr Cassidy Morris dan wakil kontraktor hari ini.

    Terdahulu, Uggah mengadakan lawatan ke tapak projek itu di Paloh.

    Uggah berkata JKR Sarawak akan merangka pelan kerja baharu bagi membantu kontraktor menyiapkan pembinaan mengikut sasaran dan beliau akan mengadakan satu lagi lawatan ke tapak projek pada Julai bagi menilai kemajuan kerja yang telah dilakukan. – Bernama

    Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa kontraktor untuk menyiapkan Jambatan Batang Paloh di Mukah menjelang Mac tahun depan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda