Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Jambatan Binondo-Intramuros tingkatkan tahap prasarana Filipina

    MANILA, 6 APRIL – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata Jambatan Binondo-Intramuros yang dibiayai China mampu mendorong negaranya untuk mempertingkat tahap infrastruktur asas.

    Ketika berucap pada majlis perasmian jambatan itu pada Selasa, beliau menyifatkan ia sebagai kondusif dalam melancarkan lalu lintas di Manila, memudahkan perjalanan orang ramai, selain membantu pemulihan ekonomi di Filipina.

    Duta China ke Filipina, Huang Xilian yang turut hadir pada majlis itu berkata jambatan itu merupakan penanda kemajuan baharu dalam penyelarasan antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China dengan pelan “Build, Build, Build” Filipina.

    Justeru katanya, projek itu bermanfaat untuk memperkukuh kesalinghubungan setempat, memacu pemulihan ekonomi Filipina, selain merapatkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

    Huang berkata lebih banyak projek kerjasama akan dilaksanakan untuk memberikan manfaat kepada rakyat.

    Untuk rekod, Jambatan Binondo-Intramuros di Metro Manila, ibu negara Filipina merupakan satu daripada dua jambatan yang dibiayai China selain Jambatan Estrella-Pantaleon yang telah dibuka pada Julai 2021.

    Jambatan utama Binondo-Intramuros yang diusahakan China Bridge Construction Corporation mempunyai reka bentuk empat lorong dua hala, dengan panjangnya kira-kira 678 meter, dan aliran trafik harian purata akan mencecah 30,000 selepas dibuka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...