Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan perjalanan ke pusat bandar Bintulu

    BINTULU, 26 OKT – Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di sini yang dijangka siap pada 2025 bakal mempercepat dan melancarkan perjalanan ke pusat bandar Bintulu terutamanya pada waktu puncak.

    Penduduk Kampung Jepak, Masni Kamis, 45, berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.

    Masni yang berniaga di Pasar Tamu Bintulu berkata situasi itu membuatkan dia memilih menggunakan bot penambang bagi melintasi Sungai Kemena untuk ke pasar itu berbanding menggunakan laluan darat.

    “Jalan sedia ada agak jauh, biasanya pada waktu pagi perjalanan boleh ambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit untuk ke pusat bandar Bintulu kerana murid masuk sekolah dan orang ramai mula ke tempat kerja,” katanya kepada Bernama.

    Jelenini Dajang, 60, pula berkata pembinaan jambatan itu diharap mampu menjadi mercu tanda baharu bandar Bintulu.

    “Biasanya jika kita lihat di bandar-bandar lain, jambatan merupakan antara mercu tanda yang boleh menjadi kawasan tarikan pelancong, kita harap jambatan ini bukan sahaja dapat memudahkan kita bergerak tetapi membuka peluang dalam sektor pelancongan,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...