Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan Darul Hana produk pelancongan S’wak wajib dilawati

    KUCHING, 15 Nov – Keunikan Jambatan Darul Hana merentasi sungai di Tebingan Kuching di sini berpotensi besar menjadi produk dan ikon terbaru pelancongan di Sarawak, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

    Beliau yakin jambatan itu akan menjadi antara tarikan yang wajib dilawati oleh pelancong untuk bergambar dan merasai pengalaman berada di atas jambatan yang bergoyang.

    “Ini satu tarikan baharu untuk Sarawak. Saya sendiri amat teruja dapat naik bersama-sama Datuk Lee Kim Shin (Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak) ditambah pula jambatan bergoyang memberi satu pengalaman baharu kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira sejam menaiki jambatan yang dirasmikan pada Sabtu lepas.

    Mas Ermieyati dan Lee turut diberikan penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd Lim Jit Yaw mengenai struktur serta seni bina jambatan sepanjang 335 meter yang dibina dengan kos sebanyak RM35 juta itu.

    Beliau berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus mempromosi Sarawak yang mempunyai pelbagai tarikan serta kebudayaan yang unik.

    “Kementerian menerusi Tourism Malaysia sentiasa bantu promosi produk pelancongan Malaysia dari setiap negeri pastinya Sarawak yang memiliki banyak tempat menarik serta budaya unik perlu ditonjolkan serta ditampilkan kepada dunia,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda