Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Jambatan di Norway runtuh, dua pemandu selamat

    COPENHAGEN, DENMARK – Sebuah jambatan kayu merentas sungai di selatan Norway runtuh, menyebabkan sebuah kereta terjunam ke dalam sungai manakala sebuah lori tersangkut di hujung jambatan.

    Pemandu kedua-dua buah kenderaan tersebut berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan, lapor pegawai polis tempatan.

    Pasukan polis menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7:30 pagi menyatakan sebuah jambatan telah runtuh di mana sebuah kereta dan lori sedang melintasinya. Kereta tersebut terjunam ke dalam sungai manakala lori itu berada dalam kedudukan menegak.

    Sementara itu, sebuah helikopter dikerahkan bagi membantu operasi menyelamatkan pemandu lori tersebut. Walau bagaimanapun, pemandu tersebut berjaya keluar daripada lori itu tanpa bantuan.

    Jambatan kayu yang menghubungkan tebing barat di Sungai Gudbrandsdalslageen dengan sebuah kampung di Tretten berpanjangan 150 meter dibuka pada tahun 2012.

    Punca keruntuhan jambatan itu masih belum diketahui. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...