Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan Genoa dirobohkan

    GENOA, ITALI, 28 JUN – Dua menara jambatan lebuh raya yang masih tinggal di bandar Itali Genoa yang roboh hampir setahun lalu dan membunuh 43 orang dirobohkan hari ini untuk membuka laluan kepada struktur baharu, kata pihak berkuasa.

    Jambatan Morandi yang tinggal itu diletupkan pada pukul 9:00 pagi, dengan hampir 4,000 penduduk tempatan dipindahkan, kata pihak berkuasa bandar.

    Bahan letupan telah dipasang pada kaki menara dan sebahagian daripada jambatan yang masih berdiri dan pakar menganggarkan letupan 4,500 tan konkrit dan struktur besi akan mengambil masa enam atau tujuh saat.

    Tangki air telah pun diletakkan di sekitar menara untuk menghalang habuk daripada berterbangan.

    Timbalan Perdana Menteri Itali Matteo Salvini dan Luigi Di Maio dijangka hadir.

    Perobohan jambatan yang tinggal, yang roboh dalam cuaca buruk pada 14 Ogos 2018, bermula pada Februari.

    Berikutan perobohan, pegawai menjangka mengalu-alukan sebuah kapal yang akan tiba di pelabuhan bandar membawa bahagian pertama jambatan baharu, dengan pembinaan dijadual bermula pada tahun depan.

    Kerajaan telah berjanji jambatan lebuh raya keluli dan konkrit baharu, direka oleh arkitek Itali Renzo Piano, akan dibuka kepada lalu lintas pada April 2020. – AFP

    Bahan ledakan meletupkan pilon jambatan lebuh raya Morandi di Genoa kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda