NEW DELHI, 23 OGOS – Kira-kira 17 buruh yang bekerja di jambatan kereta api yang sedang dibina merentasi jurang di negeri Mizoram timur India terbunuh apabila ia runtuh hari ini, kata pegawai, dengan beberapa orang dilaporkan hilang.
Rakaman video yang disiarkan oleh Ketua Menteri, Mizoram Zoramthanga menunjukkan bingkai logam yang telah menumbangkan tiang yang menjulang tinggi ke dalam lembah berhutan di bawahnya.
“Landasan kereta api yang dalam pembinaan di atas jambatan di Sairang, dekat Aizawl runtuh hari ini, 17 pekerja maut,” kata Zoramthanga dalam laman X.
Akhbar Indian Express memetik seorang anggota polis bahawa 17 mayat telah ditemui dan ‘banyak lagi’ hilang.
Akhbar The Hindu, yang memetik pegawai kerajaan negeri, melaporkan kira-kira 40 pekerja telah berada di tapak ketika jambatan itu runtuh.
“Operasi menyelamat sedang dijalankan dan semua bantuan yang mungkin diberikan kepada mereka yang terjejas,” kata pejabat Perdana Menteri Narendra Modi. – AFP


