Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan runtuh di Gujarat, India ragut 10 nyawa

    NEW DELHI, 9 JULAI – Kira-kira 10 orang maut selepas kenderaan terjunam ke dalam sungai apabila sebuah jambatan runtuh di negeri Gujarat, barat India, hari ini.

    Jambatan Gambhira di Sungai Mahi itu menghubungkan daerah Vadodara dan Anand.

    Beberapa trak dan kereta terjunam ke dalam sungai apabila sebahagian daripada jambatan berusia empat dekad itu runtuh.

    Sepuluh orang terkorban dalam kejadian itu, manakala ramai lagi berjaya diselamatkan dari sungai, menurut laporan media tempatan. – Bernama

    Anggota penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terselamat selepas beberapa kenderaan jatuh ke dalam sungai berikutan runtuhan sebahagian jambatan di Mujpur dekat Vadodara di negeri Gujarat, India pada 9 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda