BALTIMORE, 26 MAC – Sebuah jambatan utama di Baltimore tiba-tiba runtuh selepas sebuah kapal kontena melanggarnya pada awal pagi tadi, menyebabkan beberapa kenderaan jatuh ke dalam sungai di bawahnya.
Pasukan penyelamat sedang mencari sekurang-kurangnya tujuh orang yang dipercayai berada di dalam air.
Menurut video yang disiarkan di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, kapal tersebut kelihatan telah melanggar salah satu tiang Jambatan Francis Scott Key, menyebabkan jalan raya itu pecah di beberapa tempat dan terjunam ke dalam air. Kapal itu terbakar dan asap hitam pekat kelihatan mengepul. – AP
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.